Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang aman damai, penuh dengan bahagia kehidupannya dan bersederhana. Hasil tanaman dan hasil jualan itu dikongsi sama rata dengan penduduk-penduduk di situ. Pak Samad merupakan penghulu kampung tersebut juga senang hati melihat penduduk-penduduknya dalam keadaan yang bahagia.
Pada satu hari, terdapat pendatang baru datang untuk berdagang di kampung tersebut. Mereka datang berdagang hanya untuk sepertiga purnama sahaja. Akan tetapi terdapat satu keluarga yang ingin menetap di kampung tersebut. Keluarga itu datang dari keluarga yang berada. Keluarga Pak Mail itu dismbut dengan senang ati oleh penduduk-penduduk di situ. Maka Pak Samad membenarkan mereka untuk menetap di situ. Berita mengenai keluarga datang menetap ke kampung tersebut telah tersebar luas ke pengetahuan Sultan. Akhirnya, Sultan memerintahkan keluarga tersebut untuk datang menghadap ke istana. Sultan ingin meraikan tetamu tersebut sebagai rakyat baharu di kawasan tersebut.
Setelah sekian lama, berlakunya perpecahan diantara penduduk kampung. Hal ini kerana penduduk-penduduk disitu telah berpecah kepada dua iaitu yang menyokong Pak Samad dan Pak Mail. Pak Mail yang telah menetap lama di situ menjalinkan hubungan yang baik dengan Sultan dan ingin merampas jawatan penghulu kampung daripada Pak Samad. Maka apabila berlakunya perkara yang semedikian, Pak Samad akhirnya meletakkan jawatan sebagai penhulu kampung dan jawatan tersebut diserahkan kepada Pak Mail.
Pak Samad mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Megat dan Saifuddin. Mereka ini saling menjaga antara satu sama lain, mengasihi antara satu sama lain dan sering membantu kedua ibu bapanya. Megat sering membantu bapanya di laut dan hasil dari laut itu dibahagi sama rata kepada penduduk-penduduk di situ. Saifuddin akan membantu ibu bapanya apabila dia pulang dari mengaji. Pada masa yang sama, Saifuddin berkawan rapat dengan Melor, anak perempuan Pak Mail. Pak Samad sering nasihat kepada Saifuddin supaya tidak terlalu rapat dengan Melor tersebut. Hal ini kerana beliau takut kalau anaknya itu akan diundang fitnah dan kata-kata nista dari penduduk-penduduk kampung dan Pak Mail sendiri.
Akan tetapi perkara yang dibimbangkan itu terjadi. Melor mengajak Saifuddin untuk berjumpa di tengah-tengah hutan tetapi Saifuddin enggan. Melor membujuk rayu kepada Saifuddin dengan mengata mereka tidak berdua dan ditemani oleh temannya Melor, Siti. Mereka ditangkap berdua-duaan bersama dan diberi hukuman yang setimpal. Saifuddin menerangkan keadaan yang sebenar tetapi dinafikan oleh Melor. Pak Mail berasa malu dengan perkara tersebut dan memaksa Melor untuk membohongi keadaan yang sebenar dan meletakkan segala kesalahan itu diatas bahu Saifuddin. Maka Pak Samad sendiri yang memberi hukuman sebat kepada Saifuddin. Perkara ini memberi pengajaran kepada Saifuddin dan Pak Samad sekeluarga. Saifuddin membawa diri dan ayat yang diungkapkan olehnya ketika dipujuk adalah "biarlah tersalah ampun, bukan tersalah hukum."
Pengajarannya ialah jangan berlakunya hasad dengki antara satu sama lain. Perkara hasad dengki ini akan membawa kerugian yang besar dalam hidup kita. Selain itu juga, menurut perintah ibu bapa, jangan ingkar pesanan mereka.