
Universiti Utara Malaysia adalah salah satu universiti yang terkemuka di Malaysia yang terletak di tengah hutan rimba Sintok, Kedah. Universiti Utara Malaysia juga dikenali sebagai "Universiti di Rimba Hijau" ini mempunyai kawasan rimba hijau yang bersih dan dipenuhi dengan alam sekitar yang indah. Kawsaan persekitaran yang dijaga rapi dan tenang ini memudahkan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia belajar dengan lebih fokus dan tenang. Ekosistem alam sekitar dan kehidupan liar di hutan Sintok ini masih dijaga rapi oleh Universiti Utara Malaysia tanpa berlakunya pencemaran alam yang serius. Demi mengekalkan ekosistem alam sekitar dan kehidupan liar di UUM ini, maka pihak UUM mengambil tindakan dengan memelihara habitat haiwan tersebut seperti rusa, burung unta dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan yang berharga seperti Pohon Tiga Beradik dan Tasik Tersembunyi UUM dijaga rapi dan menjadi salah satu kawasan pelancongan di UUM. Universiti Utara Malaysia ini juga bebas daripada pencemaran alam sekitar yang teruk seperti pencemaran bunyi, asap-asap kenderaan dan sebagainya kerana UUM ini jauh dari bandar-bandar utama seperti Alor Setar dan Kangar.

Universiti Utara Malaysia juga menyediakan pusat sukan untuk para pelajar UUM riadah dan juga aktif dalam bidang sukan. Para pelajar boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat sukan seperti berbasikal, berenang, bermain Go-kart, aerobik dan sebagainya. Fasiliti pusat sukan yang lengkap ini menyebabkan UUM menjadi tumpuan sebagai tuan rumah bagi MASUM (Majlis Sukan-sukan antara Universiti di Malaysia) dan tempat latihan untuk pelbagai pertandingan sukan sama ada peringkat sekolah, negeri mahupun antarabangsa. Sukan golf yang memerlukan padang yang besar untuk bermain kini dinaiktaraf oleh pihak UUM dengan mengekalkan ekosistem alam sekitar tanpa berlakunya pencemaran alam sekitar. Ini adalah contoh suasana UUM ketika di waktu petang yang aman damai dan gambar ini diambil di kawasan pusat sukan.

Go-kart UUM boleh dikategorikan sebagai sukan yang paling mencabar di UUM. Sekiranya orang awam ingin bermain Go-kart, anda perlu membayar sebanyak RM30 ke RM40 untuk mendapat sebanyak 5 pusingan akan tetapi sekiranya anda adalah pelajar UUM, and boleh mendapatkan sebanyak RM5 untuk 5 pusingan. Go-kart ini sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur. Hal ini kerana Go-kart ini hanya memerlukan kemahiran memandu seperti anda memandu kereta. Sukan ini juga sesuai untuk lelaki dan perempuan dan sukan ini membantu seseorang individu itu meningkatkan tahap "skill" memandu individu tersebut.

"UUM Light Run" adalah salah satu acara yang dihadiri oleh pelajar-pelajar UUM sama ada dari dalam negara atau dari luar negara dimana acara ini dikelolai oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Indonesia. Acara ini diadakan ini padang kawad PALAPES UUM dan acara ini dihadiri seramai 500-600 orang peserta. Objektif utama acara ini adalah untuk mengumpul semua dana untuk diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu juga, acara ini mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar UUM untuk menunjukkan bakat mereka dalam melakukan persembahan seperti persembahan "indie band" dan persembahan kebudayaan. Tambahan pula, acara ini bertambah meriah dengan DJ jemputan yang dijemput dari Kuala Lumpur untuk memeriahkan acara tersebut. Suasana malam yang meriah yang disinari dengan lampu-lampu bergemerlapan memberi pandangan baru terhadap suasana UUM di waktu malam.

Suasana UUM dapat dilihat sepenuhnya dengan menaiki bas. Bas adalah salah satu pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak UUM kepada pelajar-pelajar walaupun ada sebahagian pelajar UUM mempunyai kenderaan sendiri. Bas yang disediakan ini dapat membantu pelajar untuk ke kelas, ke pusat sukan dan sebagainya. Malahan pula, pihak UUM juga menyediakan kemudahan bas untuk ke pekan Changlun dengan mengenakan bayaran sebanyak RM3 -RM5.


Suasana kehijau-hijauan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan bagi setiap kolej kediaman pelajar membantu suasana kedamaian yang tenang untuk pelajar UUM. Setiap kolej kediaman di UUM mempunyai dekorasi yang cantik tanpa mengubah ekosistem alam sekitar memberi kesan yang baik kepada setiap pelajar UUM. Ini membantu berlaku pengurangan pencemaran alam sekitar seperti peruntuhan tanah, penebangan pokok secara haram dan sebagainya. Flora dan fauna juga masih dikekalkan habitatnya tanpa diterokai dan kawasan hutannya yang masih "dara" tanpa berlakunya apa-apa pencerobohan asing.

Koh Tao, Thailand adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik di Thailand. Persekitarannya yang cantik, indah, dan masyarakat yang peramah menarik pelancong-pelancong asing untuk melawat ke Koh Tao. Kawasan pantai yang bersih dan terpelihara adalah salah satu punca pelancong-pelancong asing tidak jemu untuk datang melawat ke Koh Tao ini. Para pelancong sangat tertarik dengan aktiviti "snorkeling" kerana dapat melihat habitat flora dan fauna yang indah dibawah laut. Pemandangan indah di bawah laut adalah salah satu pemandangan yang tidak dapat dilihat setiap hari dan hanya spesis-spesis tertentu sahaja boleh didapati di Koh Tao ini.

Pemandangan yang indah dan seluruh bandar Koh Tao dapat dilihat dari atas puncak bukit. Di atas puncak bukit ini, para pelancong dapat melihat pemandangan yang sangat indah dan keindahan di atas puncak bukit ini sukar diungkapkan. Kelihatan air yang biru jernih warnanya, kehijaun tumbuh-tumbuhan yang mendamaikan, suasananya yang tenang menyebabkan Koh Tao ini begitu cantik dan indah.

Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh para pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara. Sejarah Langkawi yang begitu unik adalah begitu popular dikalangan para pelancong. Selain itu, pemandangan seluruh Pulau Langkawi ini boleh dilihat dari Sky Bridge dimana para pelancong boleh melihat bukit-bukai yang masih "dara" dan kehijau-hijaun yang mendamaikan setiap para pelancong. Tambahan pula, kawasan ini juga menjadi semakin popular kerana kawasan ini pernah menjadi kawasan "shooting" filem "Don" yang dibintangi pelakon popular iaitu Shah Rukh Khan.
No comments:
Post a Comment